3 Januari 2017 - 15:50
Penyatuan Crimea Dengan Rusia Adalah Sah: Marine Le Pen

Pemimpin Parti Barisan Kebangsaan Perancis, Marine Le Pen berkata bahawa penyatuan wilayah Crimea dengan Persekutuan Rusia adalah sah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Parti Barisan Kebangsaan Perancis, Marine Le Pen berkata bahawa penyatuan wilayah Crimea dengan Persekutuan Rusia adalah sah.

"Saya tidak fikir penyatuan (Crimea dengan Rusia) adalah tidak sah," katanya kepada rangakaian TV BFM pada hari Selasa. "Sebuah referendum telah dianjurkan dan warga Crimea memilih untuk bersatu dengan Rusia. Saya tidak nampak sebarang asas untuk mempertikaikan referendum ini."

Republik Crimea dan Sevastopol, adalah sebuah bandar yang memiliki satus istimewa di semenanjung Crimea di mana majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Rusia. Mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang merampas kuasa di Ukraine melalui rusuhan.

Crimea dan Sevastopol membuat deklarasi kemerdekaan pada 11 Mac, 2014. Mereka kemudiannya menganjurkan sebuah referendum pada 16 Mac tahun yang sama di mana 96.77 peratus warga Crimea dan 95.6 peratus warga Sevastopol memilih untuk keluar dari Ukraine dan menyertai Persekutuan Rusia. Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 18 Mac menandatangani dokumen penyatuan Crimea ke negaranya.

Ukraine, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah enggan mengiktiraf kemerdekaan Crimea dan penyatuan wilayah itu ke Rusia.